Sunday, 27 July 2014

5 Trik Nampakkan Kaki Panjang

5 Trik Nampakkan Kaki Panjang
Buat gadis yang kecil dan berkaki pendek, ada satu trik yang berkesan untuk kamu agar kelihatan lebih tinggi dan mempunyai kaki yang panjang dan menarik.

Nak tahu macam mana ? Jom baca selanjutnya!

1)    KASUT BERWARNA NUDE
Selain dari memilih kasut tinggi, kamu juga boleh memilih apa sahaja jenis kasut asalkan ia berwarna nude. Ini kerana, warna nude sama seperti warna kulit jadi ia akan memberi ilusi ‘extention’ di bahagian kaki. Secara tidak langsung kaki akan nampak lebih langsing dan panjang.

2)    HIGH WAISTED
Pemakaian seluar jenis ‘high waisted’ juga mampu membantu kaki kamu kelihatan lebih panjang. Jika kamu mempunyai masalah peha besar, pilih skirt labuh yang mempunyai potongan high waisted atau sebagai langkah selamat, pilih sahaja seluar berwarna hitam.

3)    SATU WARNA
Mengguna satu warna dari atas hingga ke bawah dapat memberi efek langsing pada diri. Tetapi awas, pastikan pergelangan kaki tertutup ya! Kalau tidak ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih pendek dan ketot.
 
4)    VERTICAL LINE
Selain memilih ‘high waisted pant’ kamu juga boleh memilih seluar yang mempunyai corak motif garisan menegak. Ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih tinggi dan menampakkan kamu miliki kaki yang panjang.

5)    POINTY SHOES
Bukan sahaja warna dapat membantu kamu, jenis kasut juga sangat memainkan peranan yang penting untuk kamu miliki ilusi kaki yang langsing. Pemilihan kasut jenis runcing di hadapan sangat sesuai kerana ia membuatkan kaki kamu nampak lebih kecil dan runcing.

5 Panduan Memakai Overall



5 Panduan Memakai Overall

1-T-SHIRT PLAIN TERBAIK
Jika kamu bukan seorang yang berani mengambil risiko, elakkan daripada mengenakan t-shirt atau top yang bercorak. Sebaiknya padankan dengan t-shirt yang plain dan simple untuk langkah selamat. Kamu perlu ingat, benda utama yang harus kami berikan keutamaan adalah pakaian overall kamu bukannya top kamu.

2-WARNA BERTENTANGAN
Untuk nampak lebih menarik, padanan top atau t-shirt yang berwarna bertentangan dengan overall sangat sesuai. Tetapi harus di ingat, pemilihan jenis top juga sangat memain peranan. Elakkan daripada mengambil pakaian yang terlalu ketat dan besar.

3-NO HIGH HEELS!
Overall memang tidak sesuai di padankan dengan kasut tinggi. Tak kiralah sama ada stelito heels atau wedges jangan sesekali kamu padankan ia dengan overall melainkan ia memang di reka khas untuk di padankan dengan kasut seperti itu. Sebaliknya cuba padankan dengan kasut bertutup seperti boots, hogh tops, wing tips dan Lita.

4-SLING / BACK BAG
Jangan sesekali padankan overall dengan handbag, memang totally out! Pakaian seperti ini sangat sesuai jika kamu padankan dengan tas tangan yang tidak bertali ataupun mini back bag yang simple.

5-AKSESORI
Untuk dapatkan kesempurnaan, pakai beberapa aksesori tambahan seperti rantai labuh dan gelang tangan yang sarat. Altenatif ini akan membuang pandangan ‘bosan’ yang ada pada gaya kamu. Malah kamu akan kelihatan lebih swag dan menarik apabila bijak mengenakan aksesori ketika memakai overall.

 ORIGINAL SEE HERE

Gaya Wow ‘Gadis Boho’!


 Gaya Wow ‘Gadis Boho’!


Jika dahulu fesyen Bohemian atau mudah dikenali sebagai Boho sangat menjadi trend pada zaman 70-an, namun kini ia muncul kembali dengan gaya yang lebih memukau dan menarik. Jom pelajari dan ketahui pakaian-pakaian yang menjadi pilihan gadis-gadis Boho ini.

1. Gaun Labuh: Gadis Boho sangat gemar mengenakan gaun labuh. Jadi, pilihlah gaun yang berwarna earth dan bercorak abstrak untuk memukau mata orang yang memandang.
2. Kardigan: Gabungan gaun dan kardigan labuh yang besar sangat sesuai dipadankan bersama. Ia juga sebahagian daripada pakaian wajib yang harus dipakai oleh gadis Boho ini. Jadi, untuk memberikan impak yang lebih menawan, apa kata pilih kardigan yang berwarna lebih terang berbanding gaun.
3. Aksesori: Pemilihan aksesori sangat memainkan peranan penting. Oleh itu, pastikan aksesori yang dipilih kena dengan pakaian yang kamu pakai. Jangan risau, lebih banyak aksesori yang kamu padankan, akan lebih menarik dan cantik kamu nanti.
4. Kasut: Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana ia memang tidak sesuai jika digayakan dengan penampilan Boho. Sebaliknya, beranikan diri kamu dengan memakai kasut but atau sandal yang berwarna tanah atau keperang-perangan.
5. Beg Tangan: Elakkan daripada memilih beg yang bercorak kerana ia akan mengelirukan lagi mata orang yang memandang. Ini kerana ia akan menampakkan diri kamu lebih pelik, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, pilihlah beg yang berwarna plain dan kelihatan seperti kulit. Nah kamu pasti akan kelihatan wow!

5 Tip memilih pakaian!

 
Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.

1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali ke dua!

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak. Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku.

5 Trick berbaju nipis!

 5 Trick berbaju nipis!
Baju nipis dan jarang  memang sesuai di pakai ketika musim panas. Bukan sahaja ia menyejukkan malah ia juga mampu memberi keselesaan pada diri tahap maksima. Namun, hati-hati bila mengenakan pakaian ala-ala see trough ini. Silap-silap hari bulan ia akan menampakkan diri kamu terlalu ‘murah’.

Jadi jom ambil langkah berjaga-jaga bila mengenakan baju nipis ini.

PAKAI INNER YANG FIT
Kamu boleh mengenakan singlet, tube, tank top atau pun inner berlengan sebagai baju didalamnya. Jangan sesekali berani memakai baju yang nipis dan jarang tanpa memakai inner di dalamnya.  Untuk tampak lebih kemas dan terletak, gunakan inner yang ketat dan fit mengikut betuk badan.
ELAKAN MEMAKAI INNER BERCORAK
Untuk nampak lebih kemas, elakan daripada memakai inner yang bercorak. Melainkan jika ia benar-benar sesuai untu di padankan. Jika tidak, ambil langkah selamat dengan memilih inner yang tidak bercorak.
PILIH WARNA INNER MENGIKUT KESESUAIAN
Jika kamu mengenakan pakian bewarna terang, jangan lupa pakailah inner yang bewarna gelap. Plaing penting pilih warna yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjol bentuk badan kamu.
ELAKAN PERGI KE KAWASAN TERANG
Haaa, mungkin baju kamu taklah berapa jarang, tapi tahu tak kamu, jika kamu berdiri depan lampu atau tempat terang pasti semua orang dapat lihat apa yang ada di dalamnya. Takut-takut nanti ada pula mulut-mulut sumbang yang berkata-kata. Untuk mengelakkannya jangan berdiri atau pergi di kawasan yang terang.
PAKAI AKSESORI
Andai kata kamu seorang yang memang ikut perkembangan duni fesyen, apa kata pakailah aksesori yang bersesuaian untuk di gantungkan di lehermu. Pilih rantai yang berjurai dan jatuh. Sekurang-kurangnya ia dapat cover dan tutup bahagian dada kamu. Sekurang-kurangnya tidaklah nampak benda-benda yang tak patut dilihatkan.

Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan!

Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan!
SI KAKI PENDEK
Gadis yang memiliki kaki pendek ni memang tak di nafikan dia seorang yang ‘genit’ dan comel! Golongan seperti ini mempunyai masalah tak dapat nak di elakan ketika membeli seluar. Namun jangan risau! Semua itu boleh di atur! Ada beberapa trick yang boleh membuatkan kaki kamu kelihatan panjang.

TrickREMAJA :
1)      Skinny jeans sangat sesuai untuk kamu.Di tambah lagi dengan pilihan warna gelap yang 

mampu memberi efek samara. Namun hati-hati memilih warna ya! Pastikan warnanya sesuai 

dengan tona kulit kamu dan tentunya gaya kamu. Untuk langkah selamat, belilah warna hitam.


2)      Jika kamu bercadang untuk mengenakan gaya dress. Boleh sahaja, tiada salahnya Cuma l

ebih sesuai jika kamu memilih mini dress untuk kelihatan lebih tinggi dan solid.


3)      Elakan daripada memakai pakaian yang berlayer atau bertingkat-tingkat. Ini akan 

menampakan kamu kelihatan pelik dan pendek. Malah, elakan daripada memakain seluar jeans 

yang labuh hingga boleh menengelamkan kaki kamu. Oh ye, baju yang terlalu labuh juga tidak 

sesuai untuk gadis si kaki pendek kerana ia akan memebri ilusi yang lebih mengerikan pada kaki 

kamu. Blazer pendek memang sesuai untuk golongan seperti kamu.

4)      Untuk tampak lebih elegent apa kata kamu pakai kasut wedges atau high heels!

5)      Pastikan kamu memakai aksesori yang memberi tumpuan lebih pada bahagian atas badan.

GADIS LIDI!
Gadis lidi ini adalah gambaran untuk si gadis yang kurus dan tinggi ala-ala model runway gitu! Tidak hairanlah jika ada mata-mata yang asyik perhatikan kemana sahaja mereka berada. Well, tak dapat nak di elakakan, ketinggian itu memberi ‘rangsangan’ pada orang ramai untuk memerhatikan segala gerak geri golongan seperti ini. Pasti dalam hati si pemerhati itu berfikir “eh dia ni model ke ?” Huntung lah.. Tetapi ada kalanya golongan ini juga mempunyai masalah dalam memilih pakaian. Biasalah tu manusia tak ada yang sempurna kan ? mungkin ada di antara mereka malu kelihatan terlalu tinggi dan kurus.

Trick REMAJA :
1)      Sebenarnya potongan kaki kamu itu sangat memain peranan. Jangan malu, 

semua gadis impikan memiliki kaki yang panjang seperti kamu. Untuk tampak lebih 

‘hot’ apa kata kamu pakai seluar yang bercorak dan bewarna. Elakan daripada 

memakai warna-warna gelap jika kamu malu asset kamu menjadi perhatian. Warna 

terang mampu menyelamatkan kerisauan kamu.

2)      Jaket atau cardigan labuh sangat sesuai untuk golongan seperti kamu. Malah 

pakaian yang mempunyai hoods di belakang juga mampu memberi impak yang 

terbaik untuk si tinggi lampai seperti kamu. Asalkan kamu tidak memakai aksesori 

yang berlebihan hingga menampakan seperti kamu pokok krismas yang bergerak!

3)      Pilih corak yang melintang. Baju labuh juga dapat memberi illusi ‘berisi’ sikit 

berbanding biasa. Malah ia akan menyembunyikan sedikit ketinggian kamu setidak-

tidaknya tiadalah sesiapa yang berani memanggil kamu ‘galah’!

4)      Boots atau kasut flat sangat sesuai dengan kamu tak perlu di sangkal lagi.
                  5) Sekirannya kamu ingin memakai legging atau skinny jangan lupa gayakan dengan 
                   baju yang lebih besar dan labuh sedi


ORIGINAL SEE HERE