5 Trick berbaju nipis!
Baju nipis dan jarang  memang sesuai di pakai ketika musim panas. Bukan sahaja ia menyejukkan malah ia juga mampu memberi keselesaan pada diri tahap maksima. Namun, hati-hati bila mengenakan pakaian ala-ala see trough ini. Silap-silap hari bulan ia akan menampakkan diri kamu terlalu ‘murah’.

Jadi jom ambil langkah berjaga-jaga bila mengenakan baju nipis ini.

PAKAI INNER YANG FIT
Kamu boleh mengenakan singlet, tube, tank top atau pun inner berlengan sebagai baju didalamnya. Jangan sesekali berani memakai baju yang nipis dan jarang tanpa memakai inner di dalamnya.  Untuk tampak lebih kemas dan terletak, gunakan inner yang ketat dan fit mengikut betuk badan.
ELAKAN MEMAKAI INNER BERCORAK
Untuk nampak lebih kemas, elakan daripada memakai inner yang bercorak. Melainkan jika ia benar-benar sesuai untu di padankan. Jika tidak, ambil langkah selamat dengan memilih inner yang tidak bercorak.
PILIH WARNA INNER MENGIKUT KESESUAIAN
Jika kamu mengenakan pakian bewarna terang, jangan lupa pakailah inner yang bewarna gelap. Plaing penting pilih warna yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjol bentuk badan kamu.
ELAKAN PERGI KE KAWASAN TERANG
Haaa, mungkin baju kamu taklah berapa jarang, tapi tahu tak kamu, jika kamu berdiri depan lampu atau tempat terang pasti semua orang dapat lihat apa yang ada di dalamnya. Takut-takut nanti ada pula mulut-mulut sumbang yang berkata-kata. Untuk mengelakkannya jangan berdiri atau pergi di kawasan yang terang.
PAKAI AKSESORI
Andai kata kamu seorang yang memang ikut perkembangan duni fesyen, apa kata pakailah aksesori yang bersesuaian untuk di gantungkan di lehermu. Pilih rantai yang berjurai dan jatuh. Sekurang-kurangnya ia dapat cover dan tutup bahagian dada kamu. Sekurang-kurangnya tidaklah nampak benda-benda yang tak patut dilihatkan.